Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Akaun Facebook Kena Godam?

Monday, 16 January 2012 ·



Assalamualaikum.
Malam ni saya rasa terdorong nak tulis pasal perkara ni sebab sejak kebelakangan ni banyak kedengaran pasal akaun facebook kena hack. Tapi walaupun kena hack,jangan la pulak anda marah sampai hilang sabar. Sabar itu sebahagian daripada iman. Lagipun akaun facebook je pon kene hack,bukan akaun bank kene hack. Hehe..

Ok,untuk mengelakkan dari akaun facebook kena hack,anda mestilah dulu tahu cara yang hacker lakukan untuk hack akaun anda tu. Ini antara cara-caranya:



1-Phishing
Apabila anda tengok perkataan phishing ni,apa yang anda dapat bayangkan? Perasan tak pekataan tu mcm perkataan "fishing". Itu la maksudnya,seseorang hacker akan memperdayakan anda seumpama anda adalah seekor ikan yang sedang dipancing dengan "umpan" yang boleh memperdayakan anda.

Bagi mengelakkan anda daripada terkena phishing ini,anda janganlah klik link-link yang anda tidak pasti dari mana datangnya dan lihat juga domainnya adakah betul dari www.facebook.com. Jika bukan maka itu adalah phishing.



2-Keylogger


Ok,keylogger pula berfungsi untuk merekod segala keystroke yang ditaip di computer mangsa. Namun,bagi keylogger yang lebih advance,hacker juga boleh mendapat printscreen pc mangsa, gambar daripada webcam mangsa, dan segala informasi tentang komputer mangsa seterusnya menghantar segalanya kepada emel hacker tersebut.

Keylogger ini boleh dihantar oleh seorang hacker kepada mangsanya dengan men "bind" atau mencantumkan server keylogger itu tadi dengan mana-mana software dan apabila seseorang itu download software tersebut,secara automatik server keylogger itu tadi akan melakukan "kerjanya".

Untuk mengelakkan daripada anda terkena keylogger ini,pastikan anda hanya mendownload software yang hanya anda perlu gunakan dan pastikan ianya di download di website asal yang membuat software tersebut dan bukannya mengambil link-link download dari dalam facebook kerana kemungkinan besar hacker ingin mencari mangsanya.

Anda juga boleh sentiasa scan website anda dengan meggunakan Spybot ataupun mana-mana antivirus yang berkesan.

3-RAT(Remote Administration Tool)


RAT pula lebih kurang sama penggunannya dengan keylogger cuma kelebihan RAT ini,hacker dapat mengawal pc magsa yang dihack olehnya. Kalau dah dapat kawal pc tu,memang la akaun facebook pun senang kene hack.

Selain dari tu,segala informasi atau data-data yang ada dalam pc mangsa dapat dicuri oleh hacker. Begitu juga boleh di delete. Sangat berbahaya kepada mereka yang suka menyimpan maklumat-maklumat penting di dalam komputer termasuk password facebook.

4-Social Engineering
Ini teknik yang sangat berkesan keatsa mereka yang "lurus" dan senang ditipu. Hacker selalunya akan memperdayakan mangsanya dengan pujuk rayu dan sebagainya bagi memastikan magsa masuk ke dalam perangkapnya.

Oleh itu,bagi mengelakkan anda terkena social engineering ini,berfikir dulu sebelum bertindak ok.



0 comments:

Blog Followers