Kali ni saya nak share pasal penggunaan enjin carian google yang paling popular sekarang ni iaitu google. Google memang sangat penting dalam kehidupan seharian, terutama orang macam saya ni,kalau tak bukak google sekali sehari maknanya saya demam la tu..ahaha
Antara fungsi-fungsi google yang boleh kita guna :
1-Google boleh jadi kalkulator
Ok ni aku pun jarang guna sebab dah ade kalkulator dah tp google ni memang boleh kira apa saja unsur matematik yang kita taip dalam google tu. Tapi kene taip yang betul la,kalau yang kita tu taip salah,macam mane google nak kira kn.
Contoh cuba taip 20 * ((30+40)*2) kat google pastu tekan search. Cuba tgk gambar di bawah kalau tak percaya.
2-Google boleh dijadikan kamus
Ok,ni memang biasa aku guna pon sebab selalu kalau nak translate ayat-ayat dari bahasa inggeris ke bahasa melayu aku selalu pakai Google Translate je.
Tapi satu lagi kelebihan google ni dia pon bole kesan kesalahan ejaan korg jugak tau. Cuba tengok gambar bawah tu.
3-Penggunaan perkataan "site"
Perkataan "site" (tanpa tanda " ") ni memang berkesan sebab ini akan meperincikan lagi carian yang kita mahu. Ok,contoh anda mahu cari berita di dalam website berita harian yang mengandungi perkataan "sukan",so anda hanya perlu taip macam ni di google, taip site:bharian.com.my sukan
Untuk lebih jelas tengok gambar ni
4-Google dijadikan jam dunia
Haa,ni pun boleh digunakan jugak dengan adanya google ni. Kita boleh tau waktu di semua negara dengan hanya menggunakan google. Caranya taip je time NEGARA. Contoh time Malaysia
5-Google diguna untuk tukar matawang
Yang ni pun senang jugak bagi merek yang nak tukar matawang. Contohnya korang nak tukar 200 ringgit kepada dolar. Korang bukak google pastu taip 200 ringgit to dolar.
6-Penggunaan tanda "_" dalam carian google
Ok,penggunaan tanda "_" ni pon penting jugak dan boleh menyenangkan kita masa nak cari maklumat dalan google ni. Penggunaannya macam ni,tanda "_" akan buat apa-apa yang kita taip antara tanda "_",contohnya "david beckham",mesti akan keluar david beckham,tak akan keluar david lepas tu kat tempat lain beckham pulak.
satu lagi kalau taip macam ni "david beckham" -victoria, search korang takkan langsong keluar pasal victoria.
7-Search file-file dalam bentuk doc. atau documen
dalam pencarian dokumen, korang kena selitkan perkataan ni filetype:TYPE FILE. contohnya, filetype:ppt. selalunya orang akan cari ppt untuk powerpoint, doc untuk microsoft word dan pdf.
Sebenarnya banyak lagi kegunaan google ni tapi kalau saya nak tulis semua sekali rasa macam x sempat. Tapi saya akan sentiasa update dari masa ke masa.












0 comments:
Post a Comment