Bagaimanakah Cara-cara Kekal Langsing - Awet muda?

Monday, 16 January 2012 ·



Di zaman moden ni,ada pelbagai makanan yang boleh dikatakan banyak membawa penyakit daripada yang berkhasiat. Orang zaman sekarang kalau nak awet muda atau nak diet,mentaliti mereka mesti kene makan pil-pil pelansing lepastu suntik kolagen dan sebagainya. Bukan tak berkesan tapi ianya tidak elok untuk badan kita untuk jangka masa yang lama.


Nak tau cara yg traditional untuk kekal langsing,x susah pon.




Cara-caranya :


1-Sarapan Pagi
Sarapan pagi adalah sangat penting. Ada yang berkata sarapan pagi dapat memberi tenaga kepada badan untuk satu hari itu, Petuanya,makan sarapan anda seperti anda telah makan tengahari dan pada waktu tengahari anda tak perlu makan lagi. Cukup hanya minum air masak atau amalkan makan buah-buahan.


2-Makan Malam
Makan malam pula mestilah diawalkan dan jangan diambil dalam linkungan waktu pukul 7 malam dan keatas. Seelok eloknya makanlah lebih awal lagi.


Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).


3-Berpuasa
Sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. 


Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. 


4-Teh Cina(hijau)
Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.



0 comments:

Blog Followers