Bagaimanakah Untuk Menjana Pendapatan Secara Online?
Ok,kali ni saya nak bercakap tentang cara nak menjana pendapatan secara online. Jangan risau,ni bukan nak ajak join mane-mane program MLM. Ok,daripada pembacaan saya di internet,ada banyak jugak cara untuk kita menjana pendapatan secara online ni cuma masih ramai lagi yang tidak sedar akan perkara ini sedangkan orang barat ramai yang hanya bekerja sepenuh masa secara online dan menjadi kaya raya..tapi Bagaimana?
Ok,ini antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan :
1-Tulis Review atau Ulasan Produk
ConsumerSearch adalah sebuah laman web yang dimiliki oleh NY Times,membayar penulis bebas sekurang kurangnya $350 untuk satu artikel ulasan tentang sesuatu produk. Namun begitu,jenama tertentu memerlukan sebuah artikel atau ulasan yang bernas dan memrlukan kemahiran menulis yang tinggi bagi meyakinkan mereka untuk membayar kepada anda dengan bayaran yang setimpal.
2-Penulis Bebas
Di laman web SoftwareJudges,anda boleh memberi ulasan atau pandangan anda terhadap produk-produk software atau perisian komputer. Ulasan yang terbaik akan akan memperoleh sehingga $50 bagi setiap satu..Wew,banyak jugak tu.
Di laman web Epinions pula mereka membayar kepada mereka yang memberi review atau ulasan yang bagus terhadap produk secara cash.
Laman web PickyDomains pulak macam ni. Anda hanya perlu mencadangkan nama domain yang paling baik bagi sesuatu website tu berdasarkan jenis website tu. Dan apabila pemilik website berminat dengan nama domain yang anda cadangkan,anda akan mendapat $25 untuk setiap nama yang dipilih.
Di laman web Xomba pula,anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu dan anda akan mendapat 50% daripada mana-mana iklan dari Adsense yang di klik pada page anda.
3-Dapat Wang Dari Blog Atau Website Anda
Ini lah yang saya sedang lakukan sekarang,haha. Ok,macam ni. Senang saja anda hanya perlu tarik seramai yang boleh orang atau lebih dikenali sebagai traffik ke site atau blog anda. Apabila lebih ramai orang berkunjung ke blog anda,klik pada iklan dan membeli produk-produk yang diiklankan di blog atau website anda,lebih banyak wang yang dapat dijana.
Antara yang senang dan selalu digunakan adalah Google Adsense . Selain tu,ada juga cara lain yang boleh digunakan seperti servis yang disediakan di laman web InfoLinks dan juga laman web Kontera. Anda boleh cuba dengan sendiri nanti.
Affiliate program juga memang antara yang terkenal dalam menjana pendapatan online. Contohnya yang dilakukan oleh website Amazon. Affiliate program yang dijalankan pleh Amazon.com adalah antara yang popular,dengan cara anda mengiklankan buku atau produk-produk lain Amazon di blog atau website anda dan anda akan dibayar hasil daripada jualan produk-produk itu tadi.
Lain-lain affiliate program yang baik dan boleh dicuba adalah seperti CJ, LinkShare & AssociatePrograms.
4-Menjual Gambar Secara Online
Di laman web seperti Istockphoto & shutterpoint anda boleh upload gambar atau video yang anda miliki untuk dijual. Anda akan mendapat bayaran royalti setiap kali ada orang menggunakan gambar atau video yang diupload oleh anda ke website itu tadi.
5-Menjawab Survey Online
Anda juga boleh mendapat wang secara online dengan menjawab survey atau kaji selidik yang dijalankan oleh website-website tertentu. Contohnya adalah website GlobalTestMarket & CashCrate
6-Mengajar Dan Membuat Tutor Online
Ini mungkin sesuai bagi mereka yang ada bakat untuk jadi cikgu. Anda Google je "Online Tutoring" dan pasti terdapat banyak mereka yang memerlukan perkhidmatan ini. Contohnya seperti website Tutor & ehomeworkhelp.
7-Main Online Games
Wew,ni nampak best tapi saya dah try di website Moola. Gamenya nampak simple tapi sebenarnya susah untuk mendapat mata dan juga mengumpul wang. Anda boleh cuba sendiri nanti.
8-Dengar Muzik & Lagu
Di laman web slicethepie,anda akan diberi bayaran bagi mendengar lagu-lagu mereka dan memberi ulasan tentang lagu itu.Ada yang mendapat beberapa dolar setiap ulasan,sangat mudah dan menguntungkan.
9-Menaip
Jika anda seorang yang cekap dalam menaip,laman web Speak-Write adalah sangat sesuai untuk anda. Cubalah!
Ok,saya rasa itu dahulu yang dapat saya sediakan berkenaan tentang topik Bagaimanakah Untuk Menjana Pendapatan Secara Online ini. Jikalau ada apa-apa update saya akan update dengan secepat mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






1 comments:
http://Fun4Days.Com/?share=52572
ni juga salah satu affiliate system.
sungguh mudah buat keja.
penyertaan percuma dan dibayar dalam mata wang USD
Post a Comment