Bagaimanakah Cara-cara Kekal Langsing - Awet muda?

Monday, 16 January 2012 · 0 comments



Di zaman moden ni,ada pelbagai makanan yang boleh dikatakan banyak membawa penyakit daripada yang berkhasiat. Orang zaman sekarang kalau nak awet muda atau nak diet,mentaliti mereka mesti kene makan pil-pil pelansing lepastu suntik kolagen dan sebagainya. Bukan tak berkesan tapi ianya tidak elok untuk badan kita untuk jangka masa yang lama.


Nak tau cara yg traditional untuk kekal langsing,x susah pon.




Cara-caranya :


1-Sarapan Pagi
Sarapan pagi adalah sangat penting. Ada yang berkata sarapan pagi dapat memberi tenaga kepada badan untuk satu hari itu, Petuanya,makan sarapan anda seperti anda telah makan tengahari dan pada waktu tengahari anda tak perlu makan lagi. Cukup hanya minum air masak atau amalkan makan buah-buahan.


2-Makan Malam
Makan malam pula mestilah diawalkan dan jangan diambil dalam linkungan waktu pukul 7 malam dan keatas. Seelok eloknya makanlah lebih awal lagi.


Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).


3-Berpuasa
Sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. 


Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. 


4-Teh Cina(hijau)
Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.




Read more...

Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Akaun Facebook Kena Godam?

· 0 comments



Assalamualaikum.
Malam ni saya rasa terdorong nak tulis pasal perkara ni sebab sejak kebelakangan ni banyak kedengaran pasal akaun facebook kena hack. Tapi walaupun kena hack,jangan la pulak anda marah sampai hilang sabar. Sabar itu sebahagian daripada iman. Lagipun akaun facebook je pon kene hack,bukan akaun bank kene hack. Hehe..

Ok,untuk mengelakkan dari akaun facebook kena hack,anda mestilah dulu tahu cara yang hacker lakukan untuk hack akaun anda tu. Ini antara cara-caranya:



1-Phishing
Apabila anda tengok perkataan phishing ni,apa yang anda dapat bayangkan? Perasan tak pekataan tu mcm perkataan "fishing". Itu la maksudnya,seseorang hacker akan memperdayakan anda seumpama anda adalah seekor ikan yang sedang dipancing dengan "umpan" yang boleh memperdayakan anda.

Bagi mengelakkan anda daripada terkena phishing ini,anda janganlah klik link-link yang anda tidak pasti dari mana datangnya dan lihat juga domainnya adakah betul dari www.facebook.com. Jika bukan maka itu adalah phishing.



2-Keylogger


Ok,keylogger pula berfungsi untuk merekod segala keystroke yang ditaip di computer mangsa. Namun,bagi keylogger yang lebih advance,hacker juga boleh mendapat printscreen pc mangsa, gambar daripada webcam mangsa, dan segala informasi tentang komputer mangsa seterusnya menghantar segalanya kepada emel hacker tersebut.

Keylogger ini boleh dihantar oleh seorang hacker kepada mangsanya dengan men "bind" atau mencantumkan server keylogger itu tadi dengan mana-mana software dan apabila seseorang itu download software tersebut,secara automatik server keylogger itu tadi akan melakukan "kerjanya".

Untuk mengelakkan daripada anda terkena keylogger ini,pastikan anda hanya mendownload software yang hanya anda perlu gunakan dan pastikan ianya di download di website asal yang membuat software tersebut dan bukannya mengambil link-link download dari dalam facebook kerana kemungkinan besar hacker ingin mencari mangsanya.

Anda juga boleh sentiasa scan website anda dengan meggunakan Spybot ataupun mana-mana antivirus yang berkesan.

3-RAT(Remote Administration Tool)


RAT pula lebih kurang sama penggunannya dengan keylogger cuma kelebihan RAT ini,hacker dapat mengawal pc magsa yang dihack olehnya. Kalau dah dapat kawal pc tu,memang la akaun facebook pun senang kene hack.

Selain dari tu,segala informasi atau data-data yang ada dalam pc mangsa dapat dicuri oleh hacker. Begitu juga boleh di delete. Sangat berbahaya kepada mereka yang suka menyimpan maklumat-maklumat penting di dalam komputer termasuk password facebook.

4-Social Engineering
Ini teknik yang sangat berkesan keatsa mereka yang "lurus" dan senang ditipu. Hacker selalunya akan memperdayakan mangsanya dengan pujuk rayu dan sebagainya bagi memastikan magsa masuk ke dalam perangkapnya.

Oleh itu,bagi mengelakkan anda terkena social engineering ini,berfikir dulu sebelum bertindak ok.




Read more...

Bagaimanakah Untuk Menjana Pendapatan Secara Online?

· 1 comments



Ok,kali ni saya nak bercakap tentang cara nak menjana pendapatan secara online. Jangan risau,ni bukan nak ajak join mane-mane program MLM. Ok,daripada pembacaan saya di internet,ada banyak jugak cara untuk kita menjana pendapatan secara online ni cuma masih ramai lagi yang tidak sedar akan perkara ini sedangkan orang barat ramai yang hanya bekerja sepenuh masa secara online dan menjadi kaya raya..tapi Bagaimana?


Ok,ini antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan :



1-Tulis Review atau Ulasan Produk
ConsumerSearch adalah sebuah laman web yang dimiliki oleh NY Times,membayar penulis bebas sekurang kurangnya $350 untuk satu artikel ulasan tentang sesuatu produk. Namun begitu,jenama tertentu memerlukan sebuah artikel atau ulasan yang bernas dan memrlukan kemahiran menulis yang tinggi bagi meyakinkan mereka untuk membayar kepada anda dengan bayaran yang setimpal.

2-Penulis Bebas
Di laman web SoftwareJudges,anda boleh memberi ulasan atau pandangan anda terhadap produk-produk software atau perisian komputer. Ulasan yang terbaik akan akan memperoleh sehingga $50 bagi setiap satu..Wew,banyak jugak tu.

Di laman web Epinions pula mereka membayar kepada mereka yang memberi review atau ulasan yang bagus terhadap produk secara cash.

Laman web PickyDomains pulak macam ni. Anda hanya perlu mencadangkan nama domain yang paling baik bagi sesuatu website tu berdasarkan jenis website tu. Dan apabila pemilik website berminat dengan nama domain yang anda cadangkan,anda akan mendapat $25 untuk setiap nama yang dipilih.

Di laman web Xomba pula,anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu dan anda akan mendapat 50% daripada mana-mana iklan dari Adsense yang di klik pada page anda.

3-Dapat Wang Dari Blog Atau Website Anda
Ini lah yang saya sedang lakukan sekarang,haha. Ok,macam ni. Senang saja anda hanya perlu tarik seramai yang boleh orang atau lebih dikenali sebagai traffik ke site atau blog anda. Apabila lebih ramai orang berkunjung ke blog anda,klik pada iklan dan membeli produk-produk yang diiklankan di blog atau website anda,lebih banyak wang yang dapat dijana.

Antara yang senang dan selalu digunakan adalah Google Adsense . Selain tu,ada juga cara lain yang boleh digunakan seperti servis yang disediakan di laman web InfoLinks dan juga laman web Kontera. Anda boleh cuba dengan sendiri nanti.

Affiliate program juga memang antara yang terkenal dalam menjana pendapatan online. Contohnya yang dilakukan oleh website Amazon. Affiliate program yang dijalankan pleh Amazon.com adalah antara yang popular,dengan cara anda mengiklankan buku atau produk-produk lain Amazon di blog atau website anda dan anda akan dibayar hasil daripada jualan produk-produk itu tadi.

Lain-lain affiliate program yang baik dan boleh dicuba adalah seperti CJ LinkShare & AssociatePrograms.

4-Menjual Gambar Secara Online
Di laman web seperti Istockphoto & shutterpoint anda boleh upload gambar atau video yang anda miliki untuk dijual. Anda akan mendapat bayaran royalti setiap kali ada orang menggunakan gambar atau video yang diupload oleh anda ke website itu tadi.

5-Menjawab Survey Online
Anda juga boleh mendapat wang secara online dengan menjawab survey atau kaji selidik yang dijalankan oleh website-website tertentu. Contohnya adalah website GlobalTestMarket & CashCrate

6-Mengajar Dan Membuat Tutor Online
Ini mungkin sesuai bagi mereka yang ada bakat untuk jadi cikgu. Anda Google je "Online Tutoring" dan pasti terdapat banyak mereka yang memerlukan perkhidmatan ini. Contohnya seperti website Tutor & ehomeworkhelp.

7-Main Online Games
Wew,ni nampak best tapi saya dah try di website Moola. Gamenya nampak simple tapi sebenarnya susah untuk mendapat mata dan juga mengumpul wang. Anda boleh cuba sendiri nanti.

8-Dengar Muzik & Lagu
Di laman web slicethepie,anda akan diberi bayaran bagi mendengar lagu-lagu mereka dan memberi ulasan tentang lagu itu.Ada yang mendapat beberapa dolar setiap ulasan,sangat mudah dan menguntungkan.

9-Menaip
Jika anda seorang yang cekap dalam menaip,laman web Speak-Write adalah sangat sesuai untuk anda. Cubalah!

Ok,saya rasa itu dahulu yang dapat saya sediakan berkenaan tentang topik Bagaimanakah Untuk Menjana Pendapatan Secara Online ini. Jikalau ada apa-apa update saya akan update dengan secepat mungkin.



Read more...

Bagaimanakah Untuk Download Video Dari Youtube?

· 0 comments

Mungkin masih ramai yang belum tahu cara untuk download video-video yang ada dalam website youtube. Senang sahaja,tak perlu nak pening-pening kepala dan juga tak perlu nak bukak youtube setiap kali nak tgk video sama dalam youtube. Download je kan senang. ;)


Cara yang paling senang adalah melalui platform web based. Kedua melalui software dan satu lagi adalah melalui plugin internet browser.

1.Web Based
Keepvid ni bagi saya adalah cara paling senang kalau nak download video kat youtube. Kita just perlu masukkan url dalam kotak yang disediakan dan tekan butang download. Video boleh di download samaada dalam bentuk FLV atau MP4.



Website ini juga menyediakan perkhidmatan yang hampir sama dengan keepvid tu tadi. Hanya masukkan url dan kelik download.

Website ini pula sesuai bagi yang mahu download video dari laman web youtube dalam pelbagai format. Ini kerana ia support conversion ke format seperti WMV,MP3,MP4,MOV,3GP,AVI,MPG,MPEG. Tapi website ni ada banyak iklan yang sangat menyibukkan. 

2.Software
Software ini tidak menggunakan processing power yang banyak selain dari download yang agak laju. Selain dari youtube,ia juga boleh digunakan untuk download video dari website-website lain seperti Myspace,Yahoo & IMEEM.


Sama juga seperti software Orbit Downloader,tapi software ade sikit kelebihan iaitu ia ada aplikasi untuk convert video-video yang kita download ke pelbagi format seperti AVI,MP3,MPG & 3GP.

3.Internet Browser Plugin
Ini adalah satu plugin yang boleh di download ke browser mozilla firefox. Dengan adanya plugin Download Helper ini bukan sahaja video yang boleh di download tapi gambar dan audio juga boleh di download dengan menggunakannya.

Ini juga addon atau plugin bagi browser mozilla firefox. Plugin ni akan meletakkan satu link tambahan di laman web youtube iaitu link untuk download video yang ada di skrin pc anda. Lihat gambar di bawah.


Addon mozilla firefox yang ni juga sama macam addon yang atas tadi namun addon ini ada kelebihannya yang tersendiri. Addon ini ada aplikasi untuk anda convert format video yang anda ingin download. Selain itu,anda juga boleh ,mendownload sesetengah video dalam HD(High Definition)






Read more...

Blog Followers